Saya berasal dari kampong terletak di Johor. Negeri Johor amat terkenal dengan permainan tradisional ia itu layang-layang dan banyak lagi semasa saya berusia 9 tahun Abah saya selalu memnuatkan layang-layang dengan rekaanya sendiri... Abah akan menujukkan cara-cara untuk membuat layang-layang. Pertama, dia menggunakan pisau untuk menghaluskan lidi tersebut. Selepas itu kita ambil lidi yang sudah itu dan bentukkannya tanda ''tambah'' dan mengikatnya dengan benang. Sesudah itu, kita ambil lidi yang sudah diikat dan meletakkanya di atas sekeping surat khabar untuk menbuat bajunya. Jikalau ingin lihat layang-layang itu lebih cantik dan menarik tambahkan lah baki surat khabar yang kita gunting tadi dan tampal kan ia kepada hujung badan lidi itu.
Layang-layang yang di buat oleh abah itu tadi sudah siap. Saya sudah tidak sabar untuk bermain diluar rumah. Sekarang saya sudah tahu macam mana hendak buat layang-layang dengan rekaan sendiri.
Rabu, 23 Julai 2008
Ahad, 13 Julai 2008
cerita ringkas tentang layang-layang..
Layang-layang boleh dimiliki sendiri atau kita boleh membelinya di kedai. Jika ingin membuat layang-layang ia amat senang kerana tidak menggunakan banyak bahan. Kita cuma perlukan surat khabar, lidi penyapu dan benang. Oleh itu, ia tidak menggunakan banyak wang. Permainan ini amat sesuai bila tiba angin yang bertiup dengan kencang.
Saya akan berkongsi tentang layang-layang dengan lebih lanjut lagi...
Langgan:
Catatan (Atom)